wan.
 
Wednesday, May 18, 2016 

Hai. Hello. Assalamualaikum.
Indah. Definisi indah dalam kamus hidup aku adalah kau. Ah, aku tak pasti apa yang patut aku tulis tapi ada satu benda yang aku pasti.. iaitu - aku rindu kau.

Indah itu terlalu kecil untuk dibandingkan dengan rasa ini.
Bila termeterai di buku langit aku dimilik kamu.
Tidak akan ada lagi sayu seorang, pedih sendiri.
Tidak mungkin ada lagi hidup aku -
sekadar kamu dan aku.

Wan,

Tujuan aku buat benda ni adalah untuk minta maaf dekat kau. Ah. Maafkan aku. Maafkan aku yang tak bijak menjaga hati. Maafkan aku yang selalu hampakan kau. Terbaru - maaf, sebab kecewakan kau.

Ni mungkin kali pertama aku minta maaf kalau dibandingkan dengan kau.

Satu aku cakap - aku memang tak pandai pujuk orang. Kau nak aku pujuk kau? Maaf, janggal jadinya keadaan. Makin keruh.

Kau yang selalu buat aku tahu tentang setiap satu kesalahan yang aku buat. Untuk tunjuk kepada aku yang aku ada jalan lain untuk menyelesaikan masalah.

Aku sayang dan masih sayangkan kau sekarang - kau nampak tak betapa kuatnya perasan ni untuk kau? Cuma. Aku tak pernah bijak dalam menunjukkan sayang aku kat kau. Kau fikir aku tak sayang kau? Kau fikir aku tak rindu kau?

Kau fikir aku ada orang lain?

Tak pernah, Wan. Aku tak pernah ada orang lain. Selama aku kenal kau, sepanjang aku kenal kau - tak pernah ada yang lain selain Danial Syazwan. Aku pandang kau je. Kalau aku puji sesiapa handsome tu, aku cuma nak buat kau jeles je. Dalam hati aku, kau tetap nombor 1. Rupa tak mainkan peranan apa-apa. Tapi kau ada rupa, Wan. Itu bonus untuk aku.

Kalau kau nak tulis nama kau kat atas kepingan memori untuk simpan sampai bila-bila.. jom. Jom tulis nama kau dekat atas sesuatu yang kita betul-betul sayang dan jaga dengan baik.

Aku rasa walaupun kita tak bersama, aku yakin kita pandang langit biru yang sama. Dan nyanyi pun sama-sama.

Aku teringat kau ada cakap kau sakit. Apa yang sakit? Hati ke? Atau perasaan kau?

Wan. Kau tahu macam mana rasa sakit hati? Sini aku ceritakan macam mana rasanya. Rasa sakit itu seperti jantung kau dipisahkan dari paru-paru secara tiba-tiba. Sakitnya seperti kita dibelah tanpa bius sehinggakan kita merasakan mati lebih baik dari hidup.

ah.
Sampai sini jelah..

Wan wan wan!
Aku akan sentiasa berterima kasih atas senyuman yang kau sumbangkan kepada aku walaupun kau sedih. ♡



Copyright ©.Layout by:Evangelista. All right reserved 2011-infinity.